|
Rindu mak
Sunday, March 27, 2016 @ 9:56 PM | 0 Comment [s]
Mak...Dah setahun lebih mak pergi tinggalkan kami. Sesungguhnya, hati ini amat merindui dirimu. Sekarang ni tgh study week, rabu ni dah start final exam. Tgh2 study ni, terimbau kenangan waktu SPM. Lepas study, mesti telefon mak. Kata-kata keramat mak masih terselit kemas di ingatan... 'Mak, doa tau' 'Mak takda harta yang banyak nak bagi. Mak cuma mampu bagi doa ja. Baca buku na' Sayangnyaaa.. mak tak sempat tengok kakcik ambil keputusan. Mak tak sempat tgk kakcik masuk universiti. Kadang-kadang rasa macam nak ikut mak pergi, supaya kakcik boleh duduk dengan mak kat sana. Tapi, misi Tuhan untuk kakcik kat dunia ni belum habis. Andai telah langsai semuanya, sudah pasti Tuhan menjemputku. Semoga ketemu di sana mak. |
<center><embed align="middle" allowscriptaccess="always" height="125" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://aminswf.webs.com/BannerFaqihahHusni.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="125" wmode="transparent"></embed></center><center>
Copy the codes and paste it on your blog. |